Setiausaha Kluster Politik, Kese­-
lamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek berkata, kuasa DoJ hanya terhad dalam negara mereka sahaja.

“dalam konteks saman sivil yang difailkan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mereka tidak berhak untuk mengajar atau mengarahkan negara lain bertindak mengikut seleranya sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat, bebas dan berkecuali,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, selain sebuah negara berdemokrasi dan ahli Majlis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), apa sahaja yang berlaku dalam negara, Malaysia berhak untuk menentukan sendiri selagi kerajaan tidak menganiayai rakyatnya serta telah bertindak mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Kenyataan DoJ hanya menyebut ada pihak membuat aduan terdapat orang tertentu menyeleweng duit rakyat dengan memegang jawatan nombor satu negara. Tidak dinyatakan dengan jelas siapakah orang itu. Mereka tidak ada bukti hanya ibarat membuat kajian ilmiah tanpa ada nota kaki, siapa yang bagi maklumat itu, adakah mereka dapat daripada langit?

“Tohmahan dalam ke­nyataan DoJ pada pandangan saya mempunyai agenda tersirat tertentu untuk mengaibkan pentadbiran negara. Mereka sengaja menim­-
bulkan prasangka dengan mengeluarkan kenyataan tanpa bukti bersandarkan spekulasi semata-­mata dan berkeupayaan me­nimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat negara ini dan di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Semalam, pelbagai pihak mengecam DoJ yang telah memfailkan saman sivil berkaitan 1MDB tanpa meminta kerjasama kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta 1MDB sehingga menimbulkan pelbagai keraguan dan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh bersikap apologetik dalam hal tersebut dan jika DoJ gagal mengemukakan segala bukti, mereka perlu membuat permohon­-
an maaf secara terbuka kerana telah mengaibkan nama negara.