Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu tersebut dibawa kepada Presiden Kesatuan Eropah (EU), Donald Tusk untuk dibincangkan secara lebih terperinci.

Menurutya, kempen tersebut yang diadakan di negara EU disifatkan sebagai tidak adil memandangkan jumlah pekebun kecil di Malaysia sebanyak 600,000 manakala Indonesia pula mempunyai 17.5 juta bergantung kepada industri kelapa sawit.

“Kerjasama dalam isu ini adalah penting bagi memastikan pekebun-pekebun kecil di Malaysia dan juga Indonesia akan terbela,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di blog wwww.najibrazak.com.

Catatan itu dibuat sempena Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia Ke-12 yang diadakan di Kuching, Sarawak hari ini dengan kehadiran Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi.

Perdana Menteri berharap perjumpaan tahunan antara jiran serumpun itu yang disifatkan penting dapat mengekalkan hubungan erat antara kedua-dua negara lebih-lebih lagi sempena ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia ke-60.

Dalam pertemuan itu juga, Najib berkata, kerjasama pertahanan juga diharapkan kekal baik dengan memberi tumpuan dalam isu keselamatan sempadan dan bidang pertahanan khususnya menangani ancaman pengganas. - UTUSAN ONLINE