Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini dakwaan penahanan itu belum dipastikan kebenarannya.

"Setakat ini, kita berpegang kepada mereka telah ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di sana.

"Kita bekerjasama dengan kerajaan Kemboja dan matlamat kita sekarang adalah bagi membawa pulang mereka dengan cepat dan selamat, " katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) di sini hari ini.

Semalam, Wisma Putra mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, Kemboja sejak 11 Disember tahun lalu.

Menurut Wisma Putra, mereka ditahan atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Jelasnya, makluman penahanan tersebut hanya diterima secara lisan daripada pihak polis Bantey Meanchey pada 28 Disember lalu. - UTUSAN ONLINE