Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya berkata, hasrat untuk menjalinkan kerjasama antara kedua-dua negara itu telah disampaikan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik semasa menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi UK ke Malaysia, Vicki Treadel di pejabatnya hari ini.

“Latihan bahasa Inggeris kepada tenaga pengajar STEM dan TVET itu dapat dipraktikkan dalam pembelajaran di negara ini, kunjungan itu antara lain adalah bagi membincangkan hubungan bilateral antara Malaysia dan UK dalam bidang pendidian agar kekal berpanjangan.

“Kementerian berusaha untuk menambah peluang, memperbaiki kekurangan dan mengukuhkan kerjasama pintar antara kedua-dua negara selain terus menjalinkan kerjasama untuk manfaat tenaga pengajar,” kata kementerian itu dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Menurut kementerian itu lagi, sehingga kini, dianggarkan lebih 18,000 pelajar Malaysia sedang menyambung pengajian dalam pelbagai bidang termasuk di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di negara berkenaan. - UTUSAN ONLINE