"Ini adalah satu keputusan bersejarah dan penting yang pasti dapat meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara,” kata Najib.

Beliau berkata, rakyat Malaysia dan Turki mempunyai banyak persamaan.

"Malahan, ada antara kita berasal daripada keturunan yang sama dan kita perlu mendalami warisan yang kita ada ini kerana ia mampu menjadi asas yang kuat dalam mengukuhkan lagi hubungan antara rakyat kita,” katanya.

Erdogan pula mengumumkan, Turki akan menganjurkan “Tahun Malaysia” tidak lama lagi bagi merapatkan hubungan di peringkat rakyat kedua-dua negara, manakala Turkish Airlines akan mengadakan semula penerbangannya ke Kuala Lumpur. – Bernama