Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia dan Qatar kukuhkan hubungan ketenteraan

Malaysia dan Qatar kukuhkan hubungan ketenteraan
HISHAMMUDDIN

KUALA LUMPUR 19 Mac - Malaysia dan Qatar mencapai kata sepakat untuk mengukuhkan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara melalui jawatankuasa peringkat tinggi (HLC).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, persetujuan itu dicapai hasil rundingan bersama Menteri Pertahanan Qatar, Dr. Khalid Mohamed Al-Attiyah hari ini.

“Kita telah bersetuju untuk mengangkat hubungan dua hala kedua-dua negara dalam bidang ketenteraan ke peringkat yang tertinggi melalui HLC.

“Melaluinya Malaysia dan Qatar akan berkongsi perancangan strategik dalam keamanan antarabangsa, berkongsi kepakaran dalam perisikan ketenteraan serta mengadakan latihan bersama,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain