Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan mengemukakan konsepnya supaya boleh dimasukkan dalam rancangan Malaysia akan datang sekali gus dapat meningkatkan pendapatan nelayan.

“Saya katakan bahawa kita akan memilih dua atau tiga jeti pendaratan ikan yang sesuai untuk dijadikan sebagai Bandar Perikanan.

“Kuantan merupakan lokasi paling sesuai dari segi kedudukan jeti pendaratan iaitu di tengah bandar dan tidak jauh yang membolehkan orang (pelancong) pergi pada bila-bila masa. Sebagai contoh kawasan pendaratan ikan di San Francisco yang dijadikan Bandar Perikanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pengusaha dan Nelayan di Kompleks LKIM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE