Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia bina jalan diturap getah tahun ini

NAJIB TUN RAZAK bersalaman dengan kanak-kanak yang turut hadir
NAJIB TUN RAZAK bersalaman dengan kanak-kanak yang turut hadir dalam majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di Kuala Lumpur semalam. MINGGUAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Malaysia akan mula mem­­­bina jalan raya yang di­­turap getah tahun ini, ka­ta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu dengan butiran projek termasuk panjang laluannya masih pada peringkat perbincangan dengan Kementerian Kerja Raya.

“Sebabnya (pembinaan) ialah kita mahu memastikan getah kita menjadi kukuh,” katanya kepada pemberita dalam majlis Sam­butan Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di sini hari ini yang turut diha­diri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Datin Seri Rosmah Mansor dan menteri-menteri Kabinet.

Siew Keong yang juga Pre­si­den Gerakan yakin pembinaannya akan bermula dalam tempoh beberapa bulan ini dan projek ber­kenaan akan menjana pendapatan tetap kepada kira-kira 440,000 pekebun kecil getah dan permintaan terhadap industri itu.

Beliau berkata, jalan yang akan dibina itu akan menggunakan campuran bitumen dan ketul getah.

“Kita telah memulakan kajian mengenai jalan diturap getah tiga tahun lalu dan setakat ini hasilnya sangat baik. Lembaga Getah (Malaysia) telah membuktikan walaupun ia 16 peratus lebih mahal, tetapi dalam jangka masa panjang, penjagaannya akan menjadi lebih murah dan mampu menahan beban lebih berat.

“Kita faham ia merupakan langkah yang mahal bagi kementerian untuk terus memberi subsidi, oleh itu kita mesti meningkatkan permintaan terhadap getah,” katanya.

Bagi memberi pendapatan ber­terusan kepada 550,000 pekebun kecil kelapa sawit dan lada pula, Siew Keong berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan kementeriannya serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk bekerjasama dan melaksanakannya dalam skala lebih besar.

Sehubungan itu Kabinet telah meluluskan pembukaan pejabat serantau minyak sawit Malaysia di Tehran, Iran dan pusat teknikal dan kajian minyak sawit di Mumbai, India.

“Sebab itu saya akan ke Iran dan India minggu ini,” tambah­nya.–BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain