Dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut, ATIA hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Persatuan Robotik dan Automasi Malaysia (MyRAS) serta Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Majlis menandatangani memorandum persefahaman itu telah disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Melalui kerjasama itu ATIA akan berperanan sebagai fasilitator kepada syrikat tempatan dan dari Korea Selatan bagi menghasilkan sebuah platform untuk menggalakkan kerjasama selain mengeratkan hubungan antara institusi-institusi teknologi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta robotik.

Memorandum persefahaman itu menandakan bermulanya usaha dan pelaksanaan ke arah mewujudkan pusat kecemerlangan robotik pertama seumpanya di negara ini.

"Kerajaan Selangor yakin kolaborasi ini akan merungkai Revolusi Industri 4.0, membawa Malaysia ke arah implementasi penuh teknologi maklumat, internet saling berhubung (IoT) dan sistem fizikal siber.

"Kita perlukan titik permulaan dan Cyberjaya merupakan tempat terbaik untuk memulakan implementasi ini," kata Amirudin berucap dalam majlis tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan ATIA, Tan Sri Abdul Rahman Mamat; Ketua Eksekutif Kumpulan ATIA, Jerry Kim; Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus; Presiden MyRAS, Prof. Dr. Ishkandar Baharin; Ketua Pegawai Operasi MARii, Nizmar Mohd. Nazar dan Ketua Pegawai Eksekutif Bucheon Industry Promotion Foundation

(BIPF), Korea Selatan, Lee hak Joo.

Pada majlis tersebut turut diadakan sesi dialog, padanan perniagaan dan diskusi di antara syarikat-syarikat tempatan dengan enam syarikat Korea Selatan termasuk Maro Robot Tech, Robo Block System, Robotro dan Sewoo Industrial System.

Usaha itu akan membuka peluang perniagaan di antara syarikat dari Bucheon dengan syarikat tempatan di bawah naungan MTDC, MyRAS, MARii dan ATIA. - UTUSAN ONLINE