SAIFUDDIN ABDULLAH
SAIFUDDIN ABDULLAH

Beliau berkata, kerajaan akan juga meminta sokongan masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan Bangladesh iaitu negara di mana hampir sejuta etnik Rohingya mendapat perlindungan.

“Dalam kita berusaha ke arah satu penyelesaian mapan yang akan memelihara maruah dan kehidupan etnik Rohingya, masyarakat antarabangsa perlu melakukan sedaya upaya dalam menyokong Bangladesh.

“Malaysia telah melaksanakan (sokongan terhadap Rohingya), dan akan terus melakukannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas laporan oleh Misi Pencarian Fakta Bebas Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

Laporan itu antara lain mengesahkan kekhuatiran terburuk Malaysia bahawa jenayah-jenayah yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di Myanmar sejak 25 Ogos tahun lalu adalah mirip tindakan pembunuhan beramai-ramai (genocide).

Laporan PBB itu yang diterbitkan dari penyelidikan yang teliti dan objektif, telah mengetengahkan bukti yang tidak boleh dinafikan melibatkan tindakan serta polisi yang disengajakan, bersepadu, sistematik, konsisten dan dirancang untuk memusnahkan selain mengeluarkan etnik Rohingya secara khsusnya, dari Myanmar. - UTUSAN ONLINE