Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa meriah

NAIB Canselor UKM, Prof. Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali turut
NAIB Canselor UKM, Prof. Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali turut mendeklamasikan puisi pada Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa di Dewan Canselori UKM di Kuala Lumpur malam ini. - UTUSAN/GAIE UCHEL

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Tema sambutan Hari Kebangsaan 2017 iaitu Negaraku Sehati Sejiwa yang berjaya menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di Malaysia, disemarakkan lagi menerusi penganjuran malam puisi anjuran akhbar Utusan Malaysia menggunakan tema sama malam ini.


Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa yang dianjurkan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan buat julung kalinya melibatkan Jabatan Penerangan merupakan lanjutan daripada kejayaan dua penganjuran sebelum ini yang dikenali sebagai Bintang-Bintang Berpuisi.


Antara yang mendeklamasi puisi pada majlis itu ialah Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan; Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dan penyair prolifik, Shukri Abdullah.


Majlis turut diserikan dengan penampilan bacaan puisi bahasa asing oleh tiga pendeklamator iaitu Dr. Ashinida Aladdin yang akan menyampaikan puisi dalam bahasa Arab, Dr. Suzianna Mat Saad (Perancis) dan Hasnoor Shima Ahmad Hassan (Jerman).


Tidak ketinggalan tiga artis popular tanah air iaitu Tomok, Azharina dan Ippo Hafiz yang memberikan persembahan bersemangat dan berbekas kepada hadirin.


Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa juga dimeriahkan dengan acara tarian oleh kumpulan artis Pentarama, Jabatan Penerangan dan Pusat Seni Kebudayaan UKM (Puskeb) dalam majlis yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), UKM Bangi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain