Komandan Maktab PDRM, Datuk Yong Lei Choo berkata, persatuan tersebut boleh disertai semua peminat sukan berbasikal tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang. 


“Aktiviti berbasikal adalah antara sukan yang paling digemari oleh ramai pihak, maka tidak hairanlah apabila kita kerap melihat orang ramai berbasikal di taman-taman rekreasi, taman-taman perumahan ada kalanya di lebuh raya yang kurang sibuk dengan kenderaan,” katanya. 


Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian persatuan tersebut yang disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE.