Namun tanpa rakaman video melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang, si penjenayah mungkin masih lagi berlegar bebas dan menunggu masa untuk mangsa seterusnya.

Dalam kecanggihan teknologi kamera masa kini, aspek keselamatan orang ramai sudah jauh meningkat namun amat rugi jika kelebihan itu tidak dimanfaat dan diperluaskan penggunaannya.

Ikuti laporan Utusan Malaysia esok mengenai tahap keselamatan pengguna di beberapa stesen LRT dan laluan pejalan kaki yang masih terdedah kepada kegiatan jenayah. UTUSAN ONLINE.