Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, makmal tersebut akan dibuat melibatkan semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Jawatankuasa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.

"Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting menjadi acuan pertama yang mana hasilnya nanti membentuk generasi akan datang.

"Sebab itu, kita mahu kualiti pendidikan terbaik kepada anak-anak supaya mereka mempunyai asas yang kukuh bukan hanya pelajaran, moral dan agama tetapi secara holisitik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Penangguhan e-Usahawan dan e-Rezeki 2017 di Dewan Suarah di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa kerajaan sedang merangka satu mekanisme bagi menyelaraskan skim gaji guru tadika dan prasekolah di seluruh negara.

Ahmad Zahid yang mempengerusikan mesyuarat khas, Majlis Sosial Negara, Jumaat lalu, beberapa cadangan dikemukakan bagi menyelaraskan pengendalian pendidikan awal persekolahan yang dikelolakan kementerian terlibat dan pihak swasta. - UTUSAN ONLINE