Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana soal makanan halal amat sensitif kepada masyarakat negara ini dan menjadi kewajipan kepada kerajaan memastikan hanya makanan halal dan terbaik disumbangkan kepada masyarakat.

“Dalam mesyuarat jemaah menteri saya telah membentangkan sasaran untuk mengadakan undang-undang ini paling cepat pada hujung tahun depan.

“Sebab sebelum kita gubal kita kena ambil pengalaman negara lain, seperti Perancis, Australia dan lain-lain tetapi kita kena letakkan acuan tempatan misalnya makanan halal dari dapur hotel yang boleh dinikmati oleh Muslim dan juga bukan Muslim,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri pelancaran program Food Bank Malaysia di sini hari ini.

Program Food Bank Malaysia itu akan diterajui oleh KPDNHEP dan bertujuan mengatasi pembaziran makanan serta secara langsung dapat mengatasi isu kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini. - UTUSAN ONLINE