Turut menampilkan barisan selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Jamal Abdillah, Sufian Suhaimi, Khai Bahar, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita, Raihan, Syafiq Kyle, Zoey Rahman serta Harris Annuar.

Majlis yang berlangsung selama hampir tiga jam itu bermula dari pukul 12 tengahari hingga pukul 3 petang menerima kunjung tetamu hampir 800 orang termasuk ahli keluarga dan juga orang ramai.

Pelbagai juadah menarik disediakan dalam majlis sambutan hari raya tersebut seperti ketupat, lemang, kambing bakar, laksa, nasi dagang dan bermacam-macam jenis lagi makanan yang ada.

Selain itu, majlis ini turut menyaksikan dua wartawan Utusan Malaysia, Hawa Mohd. Ali dan Ifqdar Rahman menerima anugerah busana terbaik kerana tampil menarik dengan pakaian masing-masing. – UTUSAN ONLINE