Pengerusi Persatuan Usahawan Dinamik, Datuk Rosman Ibrahim berkata, majlis itu bakal di berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pertama kali diadakan bagi mengiktiraf pencapaian syarikat perniagaan teknologi paling inovotif di Malaysia.

“Bertumpu kepada industri teknologi kewangan di negara ini, majlis ini terbahagi kepada dua segmen iaitu forum pada sebelah siang dan penganugerahan pada waktu malamnya.

“Untuk majlis penganugerahan, terdapat beberapa anugerah dipertandingan kepada calon dan syarikat berkelayakan antaranya, Personaliti FinTech Terbaik, Syarikat Fintech Baru Terbaik dan Aplikasi Perbankan Terkenal,” katanya dalam ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Malaysia FinTech Award di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Pengerusi SKMM, Tan Sri Dr. Halim Shafie.

Mengulas lanjut, Rosman berkata, pendaftaran dan pencalonan syarikat untuk penganugerahan itu telah dibuka hari ini di laman web, www.malaysiafintechawards.com.

Katanya, individu atau syarikat berminat untuk pencalonan itu boleh berbuat demikian menerusi laman web tersebut.-UTUSAN ONLINE