Daripada jumlah itu, 630 orang menerima ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana (1,751), ijazah sarjana muda (3,970) dan diploma (622) dalam majlis yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM berkenan berangkat ke sesi pertama majlis tersebut bagi mengurniakan PhD, ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma kepada para graduan terlibat.

Sultan Sharafuddin juga berkenan mengurniakan Hadiah Pingat Emas Canselor, Pingat Emas Pelajaran Diraja (bumiputera), Pingat Emas Alumni dan Pingat Emas Prof. Emeritus, Tan Sri Dr. Rashdan Baba, Pingat Emas Pelajaran Diraja (bukan bumiputera), Pingat Emas Yayasan Pak Rashid dan Anugerah Keusahawanan Siswa UPM.

Baginda juga menyampaikan Pingat Putra Agribio, Pingat Emas Doktor Falsafah, Pingat Emas Master Dengan Tesis dan Hadiah Syed Kechik.-UTUSAN ONLINE