Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, MDN sebagai sebuah pertubuhan bebas perlu bertindak demikian bagi mengelak berlakunya perselisihan dalam pelbagai isu terutama berkaitan agama.

"Kita banyak berbeza pendapat tentang hal-hal yang remeh, sehinggakan tujuan utama kita terbengkalai kerana asyik berbalah sesama sendiri," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis Multaqa Ilmuan dan Profesional Terengganu (MIPT) bertajuk 'Peranan Ilmuan dan Profesional Terengganu Dalam Memangkin Kelestarian Dakwah dan Pembangunan Ummah' di sini, hari ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib dalam ucapan perasmiannnya berkata, kehadiran profesional dan ilmuan Terengganu pada program itu membuktikan mereka komited terhadap pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

"Saya difahamkan skop yang menjadi tujahan utama pada hari ini ialah pendidikan, ekonomi dan sosio-budaya yang mana ketiga-tiga bidang itu merupakan perkara pokok buat negeri pantai timur ini," katanya. - BERNAMA