Selain dihidangkan dengan pelbagai menu menarik, majlis turut dihiburkan dengan persembahan khas daripada Yapiem selain cabutan nombor bertuah buat tetamu yang hadir.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapiem, Datuk Abibullah Samsudin, penganjuran majlis tersebut bertujuan sebagai tanda penghargaan kepada media atas kerjasama dua hala sejak sekian lama.

“Peranan media yang menjadi penghubung antara Yapiem dan masyarakat dilihat memberi hasil positif dan signifikan dalam setiap aspek pencapaian kita.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak media sama ada media cetak mahupun elektronik. Sumbangan media baharu seperti portal juga amat dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Anggerik berdekatan Restoran Terapung D’Saji, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE