Gambaran kerinduan Mai­ra Elizabeth yang merupakan anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari itu boleh dilihat melalui akaun Instagram yang seringkali memuatkan foto Andrew Nari.

Yang terbaharu hari ini, Maira Elizabeth memuat naik gambar Andrew Nari dengan luahan betapa dia merindukan bapanya sehingga hari ini.

“Bau pewangi yang dipakai ayah (Andrew Nari) semasa me­nunggu kenderaan akan terus diingati.

“Dan setiap tahun pada tarikh ini, saya masih ingat apa yang terjadi hari ini dan sepanjang masa saya akan berfikir mengenai ayah,” katanya di dalam akaun Instagram hari ini.

Dalam pada itu, kesayuan hati Intan Maizura Othman, isteri pramugara, Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan, mengenangkan suaminya menerusi Twitter dengan sekeping gambar pesawat MAS yang sedang terbang di udara dengan ucapan ‘selamat malam’.

“Allah tidak akan meninggalkan kamu, Dia akan menggantikan apa sahaja yang kamu hilang,” katanya.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pesawat itu masih belum ditemui walaupun operasi mencari besar-besaran dijalankan di selatan Lautan Hindi, lokasi di mana pe­nerbangan pesawat itu dipercayai ‘berakhir’ selepas beralih daripada laluan asalnya.