Sumbangan itu disampaikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Sulaiman Akira Hamanaka semasa baginda berkenan mencemar duli hadir pada Program Liqa' Mawaddah dan Promosi Masakan Perlis.

Yang turut hadir kira-kira 50 orang warga Kedutaan Besar Malaysia di Jepun dan para pelajar.

Sumbangan itu adalah untuk kegunaan aktiviti dakwah Masjid Shikuku Island dan laman sesawang, www.islamjp.com yang mana Sulaiman merupakan individu bertanggungjawab membangunkannya sebagai rujukan tentang Islam dalam bahasa Jepun.

Sulaiman sebelum ini pernah mengadakan lawatan ke Perlis pada Ogos lalu dan turut menerima sumbangan RM20,000 daripada MAIPs. -UTUSAN ONLINE