Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Mohd. Nazim Mohd Noor telah mengadakan lawatan untuk melihat dengan lebih dekat sekeluarga ini yang hidup dalam keadaan serba daif di Kuala Sanglang, dekat sini petang ini.


Sempena dengan lawatan itu nenek berkenaan menerima bantuan hidup serta merta sebanyak RM600 daripada MAIPs.


Mohd Nazim berkata, dalam pertemuan itu, nenek berkenaan dicadangkan supaya membuat permohonan bantuan berkala kepada pejabat MAIPs. 


“MAIPs ada memberikan bantuan ini setiap tiga bulan sekali di mana sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pemohon,” katanya.


Nenek yang berusia 55 tahun ini dikatakan menampung hidup membela cucu-cucunya itu dengan mengail ikan di sawah yang dijual dengan harga RM20 pada setiap dua hari sekali.


Lebih menyedihkan kanak-kanak ini hanya diberikan air sirap bagi menggantikan susu dan keluarga ini juga makan nasi hanya sekali sehari.


Kisah keperitan hidup sekeluarga itu telah dibongkar Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri setelah menahan sepasang suami isteri kerana positif dadah dalam Operasi Perdana di sekitar Kuala Perlis, Simpang Empat dan juga Arau, selama tiga hari yang berakhir kelmarin. - UTUSAN ONLINE