Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MAINS sedia bantu uruskan harta pusaka

PERSEPSI bahawa proses pengurusan harta pusaka adalah sukar menjadi alasan sebilangan besar masyarakat enggan mengambil tahu berhubung perkara itu.

Ada berpendapat kos untuk melaksanakan proses tersebut terlalu tinggi menyebabkan pemilik meninggalkan harta tanpa diurus tadbir oleh pihak yang pakar.

Hal itu menyebabkan berlaku pertelingkahan antara waris yang masih hidup berhubung pembahagian harta apabila pemilik harta meninggal dunia.

Pengarah Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali (gambar) berkata, ada yang bertelingkah siapa lebih berhak menuntut harta pusaka kerana sikap tamak serta tidak percaya terhadap pihak lain yang lebih berpengetahuan menguruskan pembahagian harta tersebut.

Menyedari hal itu, pihak institut kata Nuradli, di bawah Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan yang ditubuhkan melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengambil inisiatif melaksanakan polisi wasiat bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan khidmat ejen wasiat untuk proses pembahagian harta.

Katanya, pelaksanaan polisi yang menggunakan khidmat imam dan eksekutif masjid yang dilantik di Negeri Sembilan sejak tahun lalu itu akan menggalakkan masyarakat membuat wasiat bagi memudahkan proses pembahagian harta pusaka kepada waris.

“Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM300, orang ramai boleh mendaftar untuk proses membuat wasiat di MAINS,” katanya.

Sehingga kini, hanya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan MAINS mempunyai ejen wasiat bagi memudahkan umat Islam menguruskan pembahagian harta.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kedua-dua pihak ini berhubung pembahagian harta dengan kaedah lain menurut syarak,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain