Enam buat masjid terlibat ialah Masjid Muhammadi, Masjid As-Salam, Masjid Telipot, Masjid Langgar, Masjid Kubang Kerian dan Masjid Bandar Pasir Mas.

Timbalan Yang DiPertua Maik, Dr. Nik Azlan Nik Abd. Hadi berkata, progam perintis itu bertujuan mendedahkan anak-anak golongan asnaf dengan dunia IT.

Menurutnya, bidang tersebut mempunyai peluang yang cerah kepada mereka untuk membantu keluarga keluar daripada putaran garis kemiskinan.

"Ini adalah hasrat utama kita selaras dengan kehendak Yang Dipertua Maik, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail.

"Kebanyakkan mereka yang kita bawa ini sudah mempunyai pengetahuan asas dalam dunia IT, jadi melalui program ini kita wujudkan keyakinan kepada anak-anak asnaf untuk lebih maju pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian pada program 'Lest'S Do IT' di Dewan Teratai, Kompleks Darul Naim di sini hari ini.

Penutup majlis tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat. - UTUSAN ONLINE