SULAIMAN MAHBOB
SULAIMAN MAHBOB

Beliau menghargai kepercayaan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepadanya untuk memangku jawatan penting di dalam FGV bagi membantu syarikat itu untuk meningkatkan semula prestasi perniagaan.

Katanya, Perdana Menteri turut meletakkan tiga tanggungjawab utama kepada beliau bagi memulihkan FGV, iaitu memastikan tadbir urus korporat berada pada tahap tertinggi, meneruskan proses siasatan dalaman yang sedang berlangsung dan memperbaiki tahap kewangan syarikat.

“Saya yakin prestasi FGV dapat dipulihkan dan terus berdaya saing di peringkat antarabangsa berdasarkan prospek perniagaan dan aset yang dimiliki.

“Saya lihat beberapa tanggungjawab yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada saya bersama FGV akan memastikan cita-cita untuk melihat FGV kembali dihormati akan tercapai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE