Menurut beliau, Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dalam perbincangan khusus baru-baru ini telah merestui penubuhan Mahkamah Litar itu di daerah ini.

"Ketua Hakim Negara (Tan Sri Richard Malanjum) bertanyakan kepada saya mengenai tarikh pelancaran itu di sini (Daerah Kecil Sook). Kita jangkakan dalam bulan depan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Penyerahan Borang Keahlian 58 Cawangan Warisan Mukim Sook, Dalit dan Ansip, di sini hari ini.

Majlis itu dianjurkan oleh Pejabat Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook dan Warisan Pensiangan.

Martin berkata seorang majistret akan mengetuai operasi mahkamah itu yang dijangka akan beroperasi sebulan sekali di daerah itu.

Katanya mahkamah itu nanti akan berfungsi untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan yang dihadapi oleh penduduk di situ tanpa datang ke Mahkamah Majistret Keningau.

"Fungsinya merangkumi memberi perkhidmatan pengesahan sijil lahir daftar lewat disebabkan kes-kes ini masih terdapat banyak di sini (Sook)," katanya

Martin memberitahu bahawa Pejabat Daerah Kecil Sook telah menyediakan sebuah bilik khas untuk menempatkan operasi mahkamah itu di daerah itu. - BERNAMA