Mohd. Hafarizam
Mohd. Hafarizam

Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberitahu pemberita, Hakim Abu Bakar Jais dalam keputusannya itu berkata, mahkamah berpendapat bahawa Najib bukan seorang penjawat awam dalam jawatan awam.

Mahkamah membenarkan permohonan Najib dengan kos RM30,000.

Dr. Mahathir dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin, 41, selaku pihak plaintif pada 23 Mac tahun lalu, memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan salah laku.

Mereka memohon perisytiharan bahawa Najib melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO. - UTUSAN ONLINE