Beliau berkata, mahkamah itu akan dikendalikan oleh seorang hakim Mahkamah Sesyen manakala projek perintis akan bermula di Klang, Selangor manakala fasa selanjutnya akan dilaksanakan di Johor, Melaka, Sabah dan Pulau Pinang.

"Penubuhan mahkamah khas itu akan mempercepatkan pelupusan kes-kes antipemerdangan orang yang semakin meningkat," katanya pada sidang akhbar selepas

majlis Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.