Katanya, sebagai Menteri Pendidikan baharu, Dr. Maszlee Malik wajar melakukan siasatan dalaman yang menyeluruh berhubung dakwaan tersebut.

“Sebagai Mente­ri Pendidikan, beliau (Maszlee) boleh membuat siasatan perkara itu. Setahu saya dalam tempoh itu ada jawatankuasa dan sumber manusia yang kendalikan urusan berkaitan iaitu kenaikan pangkat dan pertukaran kakita­ngan. Oleh kerana beliau kata begitu biarlah beliau buat tindakan.

“Saya dimaklumkan oleh pe­gawai atasan bahawa kenaikan pangkat di peringkat tinggi akan dirujuk namun kalau pertukaran di peringkat jabatan atau ketua sektor ia tidak dirujuk kepada menteri,” katanya kepada pembe­rita selepas hadir dalam program pe­nyampaian baju raya kepada 60 pelajar miskin anjuran Yayasan Kemiskinan Darulaman di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

akhbar hari ini me­lapor­kan, Kementerian Pen­didikan mem­bekukan semua pertukaran me­libatkan pelbagai jawatan dan pangkat di JPN dan PPD di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Dr. Maszlee turut mengarahkan agar pegawai tertinggi kementerian menyemak semula kenaikan pangkat dan pertukaran di kedua-dua peringkat tersebut yang berlaku dalam jangka masa dua bulan terakhir ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana kementerian telah menerima pelbagai maklumat mengenai percaturan yang mempunyai unsur-unsur politik kepartian di peringkat negeri dan daerah melalui JPN serta PPD.

Dalam pada itu mengulas isu penyelewengan pemberian kontrak dalam pembekalan tenaga solar sekolah di Sarawak, Mahdzir yang juga Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO berkata, beliau bersedia untuk membantu kementerian dalam menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Saya kira Menteri Pendidikan baharu sebut bahawa ia dalam siasatan agensi dan dalaman. Saya ingat biarlah siasatan dikendalikan oleh agensi atau dalaman. Sebagai bekas menteri yang tahu sedikit-sebanyak perkara itu saya akan memberi kerjasama,” katanya.