Jika usaha untuk berjaya, syarikat penerbangan baharu itu akan menyertai operasi KLIA tahun depan, kata Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali.

“Saya baru balik dari persidangan World Routes 2017 di Barcelona, dan (kami) berbincang dengan beberapa syarikat penerbangan baharu. Insya-Allah, kami akan dapat lima (syarikat penerbangan baharu) tahun depan,” katanya kepada pemberita di luar acara Forum Khazanah Megatrends 2017 di sini hari ini.

Badlisham berkata, MAHB menerima kira-kira lapan syarikat penerbangan baharu tahun ini.

Beliau berkata, syarikat itu menjangkakan kekerapan lebih tinggi bagi keseluruhan sistem di Malaysia tahun ini, sambil menyatakan sasaran pertumbuhan tahun ke tahun disemak semula kepada 8.5 peratus daripada 6.5 peratus sebelumnya.

“Kami mungkin mencatatkan lebih daripada 90 juta atau antara 93-94 juta penumpang untuk Malaysia secara keseluruhan,” katanya.

Pada 2016, MAHB merekodkan 118.5 juta penumpang yang menggunakan lapangan terbangnya, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gken (SGIA) di Istanbul, dengan peningkatan 5.7 peratus berbanding 2015.

Lapangan terbang Malaysia mencatatkan pertumbuhan enam peratus pada 2016, dengan sejumlah 88.8 juta penumpang, manakala segmen antarabangsanya meningkat lapan peratus kepada 43.2 juta penumpang.

Pada Julai 2017, jumlah penumpang keseluruhan MAHB meningkat 7.1 peratus kepada 11.4 juta, dengan operasi antarabangsa dan domestik masing-masing mencatatkan 5.4 juta dan enam juta penumpang. - BERNAMA