Mahathir Mohamad

Menurutnya, tindakan itu akan diambil sekiranya pakatan tersebut berada dalam keadaan ter­desak untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tak tentukan lagi bertanding atau tidak. Cuma dalam keadaan terdesak saja, baru bertanding. Tetapi setakat ini tak terdesak kerana kita punyai ramai calon untuk bertan­ding,” katanya dalam sidang akhbar ketika hadir ke Malis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kampung Ayer Merah di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Sementara itu, beliau turut menempelak Pas yang menyatakan pendirian untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti dinyatakan Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah semalam.

“Pas sudah menjadi sebuah parti yang berpecah-belah dan kucar-kacir. Ramai ahli mereka menolak pendapat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyebabkan mereka tidak akan mengundi parti itu pada pilihan raya akan datang sebaliknya menyokong PPBM serta parti pembangkang lain.

“Pas cuma cari undi supaya UMNO menang. Barangkali ke­rana UMNO kaya dan kita miskin, tak boleh bagi duit pada dia,” katanya.

Merujuk kepada keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan supaya DAP me­ngadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Dr. Mahathir membuat tuduhan ko­nonnya undang-undang negara telah disalah guna bagi menyekat parti-parti pembangkang.

“Ini bukan demokrasi kerana undang-undang negara disalah guna untuk sekat sesiapa yang menentang BN. DAP akan jumpa ROS untuk ketahui asas arahan itu dikeluarkan. Kalau ada asas, dia akan patuh tetapi kalau tiada asas, mereka tak perlu adakan pemilihan baharu,” katanya.