Dr. Mahathir yang hadir pada pukul 9.05 pagi dilihat di duduk di tempat duduk awam bagi mengikuti prosiding kali kedua suruhanjaya tersebut.

Skandal kerugian BNM sebanyak RM34.547 bilion akibat perdagangan mata wang asing pada tahun 1990-an berlaku semasa pentadbiran negara di bawah Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian Bank Negara Malaysia melalui ke­giatan perdagangan mata wang sekitar 1990-an, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan memulakan prosiding pendengaran saksi pada pukul 9 pagi hari ini.

Dijangka beberapa saksi bakal memberi keterangan. - UTUSAN ONLINE