Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mahasiswa USIM gembira sambut Aidiladha di Kemboja

SUON BAVA melawat sukarelawan Program  Kembara Adha Bumi Kemboja 2
SUON BAVA melawat sukarelawan Program Kembara Adha Bumi Kemboja di Khla Kham Chke, Banteay Meanteay, Kemboja. - UTUSAN ONLINE

BANTEAY MEANCHEY (KEMBOJA) 2 Sept. - Seramai 77 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia( USIM) dengan kerjasama Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (Malaysian 4WD) menyambut Hari Raya Aidiladha bersama penduduk kampung Banteay Meanchey di sini.

Melalui Program Kembara Adha Bumi Kemboja itu sebanyak 20 ekor lembu di korban untuk diagihkan kepada kira-kira 600 penduduk di dua buah kampung iaitu Khla Kham Chke dan Rong Ma Sin.

Kedatangan sukarelawan disambut meriah oleh Gabenor Banteay Meanchey, Suon Bava dan Timbalan Presiden Union Youth Federation Of Cambodia (UYFC) Banteay Meanchey, Sreng So Phal.

Menurut Penyelaras Program USIM, Rozaimi Kamarudin, program kali ini memberi fokus di kawasan pedalaman supaya umat Islam mendapat hak sama rata terutamanya ketika menyambut Hari Raya Haji.

“Insya-Allah, jika berpeluang pihak kami akan meneruskan program seperti ini setiap tahun kerana dapat membantu sesama umat sekali gus memperkenalkan USIM di peringkat antarabangsa.

“Selain itu, pelajar dapat memperoleh pengalaman tinggal di kawasan pedalaman dan merasai bagaimana kehidupan rakyat Malaysia pada zaman 80-an,” katanya di sini hari ini - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain