Itu yang keluar dari mulut pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman kepada ahli keluarganya sebentar tadi.

Beliau yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terus menunjukkan perkembangan positif.

Bagaimanapun, menurut adiknya, Danial Lokman, doktor terus memberikan pemantauan yang rapi terhadap abangnya itu.

“Alhamdulillah, Datuk Mahadzir Lokman sudah sedar (daripada koma) dan boleh bercakap namun masih dipantau secara rapi oleh doktor-doktor.

“Terima kasih kepada Allah kerana beliau sudah sedar daripada koma,” kata Danial dalam mesej WhatsApp kepada media.

Pada pagi Ahad lalu, Mahadzir , 60, dikejarkan ke PPUM selepas tidak sedarkan diri dan beliau berada dalam keadaan kritikal. - UTUSAN ONLINE