Pameran dwitahunan yang men­jadi platform bagi mempa­mer dan memperkenalkan produk berasaskan pertanian itu akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Paling menarik, ekspo yang berlangsung setiap hari bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam itu berjaya menarik pelbagai kelompok pengunjung terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Sejumlah 168 produk sajian makanan popular disediakan di Empayar Makanan manakala le­bih 100 gerai buah, sayur dan bunga tempatan turut dipamer serta dijual sepanjang ekspo berlangsung.

Ekspo pertanian yang bermula 1 hingga 11 Disember 2016 bertemakan Our Food Our Future ini menyediakan ruang keseluruhan untuk pameran seluas 240,000 meter persegi dengan pameran dalaman terbahagi kepada lima kluster utama iaitu AgroTourism, AgroIT, AgroTrade, AgroLifestyle dan AgroYouth.

Bagi pameran luar dewan pula, sejumlah tujuh laman disediakan untuk dikunjungi meliputi Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Herba dan Sayur, Laman Florikultur dan Laman Jentera.

Turut disediakan 14 pavilion negeri dengan reka bentuk unik negeri masing-masing yang menampilkan identiti kebudayaan serta pameran makanan tradisi untuk dinikmati oleh pengunjung.