Menurut Pegawai Eksekutif Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Muhammad Fahmi Basar yang berpangkalan di Naka, Kedah, kesemua ayam yang dibawa dalam program itu adalah segar dari ladang.

“Nafas mempunyai lebih lima ladang di seluruh Malaysia dan khusus untuk program ini, sebanyak 3 tan ayam dise-diakan untuk para pengunjung terus dari kilang yang beroperasi di Juru, Pulau Pinang.

“Istimewanya, kesemua ayam yang diproses ini dijual pada harga RM10 sahaja dalam program yang berlangsung selama dua hari ini dan memandangkan hari ini adalah hari terakhir, saya ingin mengajak orang ramai di sekitar Teluk Intan untuk berkunjung ke sini,” katanya kepada Utusan Online.

Dalam masa sama, seorang pengunjung Rozaidi Ibrahim Karim berkata, bukan selalu dia dapat membeli ayam dengan harga yang murah.

“Memandangkan di sini ada ditawarkan jualan ayam dengan harga promosi, tak salah rasanya untuk saya borong sebanyak mungkin untuk dijadikan stok di rumah,” katanya. - UTUSAN ONLINE