AMINAH SAAD
AMINAH SAAD 

Sebuah syarikat, Gaharu Resources Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan peneroka Felda Trolak Utara dalam menghasilkan kayu gaharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aminah Saad berkata, seramai 400 penduduk terlibat dalam projek yang bermula sejak tahun 2015 itu.

“Kayu gaharu dihasilkan daripada pokok karas. Penduduk yang terlibat menanam sekurang-kurangnya lima batang pokok karas di kawasan rumah mereka.

“Sementara menunggu pokok karas matang, daun pokok berusia dua tahun ke atas sesuai dipetik untuk dijadikan teh. Satu kilo daun dijual pada harga RM3. Jadi ketika ini penduduk mendapat hasil sampingan RM150 sebulan,” kata Aminah.

Aminah yang ditemui pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 hari ini berkata, sebatang pokok gaharu matang bernilai sehingga RM1,500.

Teh gaharu yang dikeluarkan Resources Sdn. Bhd. dijual pada harga RM20 sebungkus yang mempunyai 20 paket. Teh tersebut mempunyai khasiat kesihatan iaitu mempunyai agen membuang urik asid dalam badan dan sesuai untuk orang ada gout.

Daud tersebut juga dikatakan mempunyai agen anti-diabetik untuk merendahkan kandungan gula dalam badan selain dapat kurangkan tekanan .

Kayu gaharu juga boleh dibuat setanggi dan patinya boleh menghasilkan minyak wangi.

Dalam pada itu, syarikat Grow Project Works Sdn. Bhd. berjaya memasarkan minyak wangi berasaskan gaharu ke Los Angeles di Amerika Syarikat menggunakan jenama Fuse Enigma.

“Bauan Fuse Enigma edisi luar negara ini agak kuat dan digemari di Los Angeles. Kita jual sebotol 35 ml berharga RM200 sebotol.

“Untuk edisi Malaysia Fuse 35ml berharga RM70 dan 50ml berharga RM160,” jelas Penasihat Pewangi Fuse Sheira Adam.

Menurut beliau gaharu yang digunakan oleh syarikat itu hasil daripada pokok karas yang ditanam di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Biobenua Teknologi Sdn. Bhd. Roslan Ali berkata, agen penggalak inokukar perlu disuntik ke dalam pokok karas yang mencapai usia lima tahun bagi menghasilkan gaharu.

“Kalau kita tidak suntik bahan penggalak ini, pokok karas tidak akan menghasilkan gaharu.

“Tempoh dua tahun diperlukan untuk bahan ini menghasilkan gaharu. Jadi pokok karas ini boleh ditebang ketika mencapai tahap matang iaitu pada usia tujuh tahun,” jelas Roslan

Satu liter inokular berharga RM280 dan boleh digunakan pada empat batang pokok karas. guna suntik 4 pokok satu liter. Syarikat tersebut turut menghasilkan minyak wangi, setanggi dan sabun gaharu.-UTUSAN ONLINE