Terbaharu Intan dipilih untuk menjadi model kepada tudung jenama Aliffbysha milik jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi komen yang ditinggalkan rata-ratanya memuji sikap Aliff yang dilihat cuba membantu Intan.

Malah pengikut laman Instagram jenama tudung itu juga turut menyatakan akan membeli tudung tersebut kerana ingin menyokong Intan.

“If ada jual online saya nak beli untuk ibu dan ibu mertua saya. Sebab nak sokong Intan.

“Semoga murah rezeki Intan”.

Sementara itu Intan mula menjadi perhatian masyarakat selepas pendedahan ikhlasnya di Utusan Online untuk menerima Izreen sebagai madunya.

Menerusi temuramah itu juga Intan juga turut mengakui hanya mengetahui suaminya yang juga seorang pemuzik, Muhammad Radzi Wahid, 30, atau lebih dikenali sebagai Ude kahwin di luar pengetahuannya.

Ternyata episod duka Intan tidak berakhir disitu apabila suaminya pada minggu lalu turut membuat permohonan cerai.

Kali ini tindakan Ude tidak sekadar mendapat perhatian masyarakat yang tidak setuju dengan pilihannya untuk menceraikan Intan tetapi juga turut menyebabkan Izreen, yang juga isteri keduanya dikecam teruk. -UTUSAN ONLINE