Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, antara perkara yang menjadi perhatian ialah susun atur duduk penumpang dan kekurangan tandas untuk penunpang kelas perniagaan.


“Kita mendapat aduan daripada penumpang mengenai tempat duduk yang tidak selesa dan tandas tidak mencukupi terutamanya melibatkan kelas perniagaan.


“Saya sudah mengarahkan kepada MAB untuk melihat semula perkara ini dan menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kelas perniagaan,” katanya.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu tersebut yang turut mendapat perhatian dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.


Terdahulu, beliau melancarkan fasa kedua pusat beli-belah Mistui Outlet Park (Mitsui) di sini hari ini.


Dalam pada itu, mengulas mengenai pembukaan fasa baharu pusat beli-belah itu, katanya, sebagai salah satu pusat beli-belah yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pihaknya berharap kehadiran lebih banyak pengunjung terutama pelancong asing.-UTUSAN ONLINE.