McDonald’s turut menasihatkan orang ramai tidak memberi sebarang maklum balas terhadap promosi tersebut.

“Kami telah dimaklumkan tentang satu promosi yang kononnya menawarkan Big Mac McDonald’s untuk percuma bagi menyambut Big Mac yang telah mencecah 50 tahun.

“Kami ingin menjelaskan bahawa promosi itu adalah satu penipuan dan tiada sebarang kaitan dengan McDonald’s. Para pelanggan dinasihatkan agar tidak memberi maklum balas terhadap promosi tersebut,” kata syarikat itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Khidmat Pelanggan McDonald’s di pautan https://www.mcdonalds.com.my/contact. - UTUSAN ONLINE