Bapa saudara arwah, Shariffuddin Anuar tidak mampu memberikan sebarang komen kerana terlalu sebak dengan berita kematian itu.

"Maaf, saya tidak mampu hendak komen, " ujarnya dalam nada sebak ketika dihubungi Utusan Online di sini awal pagi tadi.

Wisma Putra memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan selepas Kerajaan New Zealand membuat pengumuman rasmi berhubung kematian Mohd. Haziq.

Berita kematian arwah diketahui lebih awal selepas dimaklumkan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh. -UTUSAN ONLIND