Idrus juga ialah Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Tun Hussein Onn (Perkasa, UTHM).

Presiden Ke­satuan Kakitangan Akademik UiTM (Mitasa), Dr. Normaly Ismail pula dipilih sebagai Timbalan Presiden MAAC.

Setiausaha Agung pula ialah Dr. Syukri Mustapa.

MAAC sebelum ini bergerak atas landasan Majlis Persatuan Akademik Malaysia yang telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan dan ditukar kepada Kongres pada 2015 bagi meluaskan lagi matlamat dan fungsi MAAC.

MAAC merupakan gabungan 21 buah kesatuan dan persatuan universiti awam (UA) yang memainkan peranan utama bagi mening­katkan taraf profesionalisme dalam kalangan ahli-ahlinya.

Menurut Setiausaha Agung dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Radhuan Che Ros, MAAC perlu menjadi badan yang disegani dan pandangannya diambil kira bagi sesuatu dasar atau perkara berkaitan akademik.

“Saya berharap MAAC akan menjadi rakan sinergi MPN yang strategik supaya dapat bersama-sama membawa kepada kecemerlangan profesional di samping kecemerlangan akademik,’’ katanya selepas mesyuarat agung pertama itu di sini.

AGM hari turut menyaksikan pelantikan tiga Naib Presiden MACC iaitu Setiausaha Agung Mitasa, Datin Dr. Sarimah Ismail, Presiden Pesatu (UUM), Dr. Nuar­rual Hilal Md. Dahlan dan Dr. Abdul Rahman Tamuri (Pesaka), selain 10 anggota Exco Pusat.

Sementara itu, Idrus dalam ucapannya berkata, MAAC akan digerakkan sebagai sebuah kong­res yang dapat bersama-sama membantu negara membangunkan kecemerlangan modal insan pendidikan tinggi negara.