Kaji selidik itu menunjukkan peratusan untuk Jokowi dan Ma’ruf dipilih sebagai Presiden dan Naib Presiden dalam pilihan raya yang bakal berlangsung pada April ini sebanyak 18.2 peratus.

“Kebanyakan kaji selidik memang menunjukkan jumlah itu (hampir 20 peratus, ada juga angka yang rendah sedikit tapi tidak banyak beza.

“Namun, pasukan kami tidak mahu dipengaruhi dengan keputusan kaji selidik itu kerana kami akan terus bekerja kuat untuk memenangi pilihan raya kali ini,” katanya seperti yang dipetik Republika semalam. – AGENSI