Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching berkata, statistik tersebut diperoleh menerusi Kajian Pengesanan Graduan yang dijalankan oleh kementeriannya.

Katanya, sepanjang 20 tahun penubuhannya, Uniten berjaya melahirkan kira-kira 25,000 siswazah dalam pelbagai bidang.

“Hal ini menunjukkan Uniten amat komited dalam menguruskan peluang para pelajar serta graduan mereka untuk membina empayar kerjaya masing-masing dengan le­bih bermutu dan berkualiti.

“Dalam tempoh 20 tahun juga, Uniten berjaya membuktikan pelajar-pelajar mereka amat berkebolehan dalam mencipta suasana kondusif serta melahirkan idea-idea yang bersifat antarabangsa dan usa­ha ini perlu diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan ulang tahun Uniten ke-20 di Pusat Pelajar universiti itu di sini, hari ini

Yang turut hadir Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggie dan Naib Canselor Uniten, Profesor Datuk Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha.

Sementara itu, Leo membe­ritahu, Uniten disifatkan sebagai generasi baharu yang sedang mengorak langkah untuk lebih matang dengan cita-cita tinggi.

“Bilangan pelajar yang me­ning­kat sehingga 12,275 orang setiap tahun mempengaruhi co­­rak perkembangan Uniten dalam pelbagai aspek dan secara fizikalnya, kami merasai perubahan itu tahun demi tahun,” katanya.

“Sejarah yang dicipta oleh warga Uniten akan menjadi penanda aras bagi kami untuk terus melangkah maju dengan kejayaan dikongsi bersama kerana kami percaya dan yakin, Uniten mampu melonjakkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa,” katanya.