Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, antara inisiatif berkenaan termasuklah memperluaskan kawasan tanaman nanas, menyediakan modal awal dan geran kepada petani serta menjalankan kajian dan penyelidikan bagi penghasilan biji benih yang lebih baik.


“Dengan inisiatif tersebut, dijangkakan pengeluaran nanas akan meningkat sebanyak 20 peratus pada tahun depan dengan pengeluaran nanas sebanyak 437,930 metrik tan setahun dengan nilai RM636 juta.


“Impak pelaksanaan inisiatif tersebut, pasaran nanas semasa akan tumbuh sebanyak 45 peratus dengan nilai anggaran eksport RM200 juta pada tahun depan,” katanya selepas merasmikan Fiesta Nanas 60 sempena Sambutan 60 Tahun LPNM di sini hari ini. 


Dalam pada itu, beliau berkata, sektor nanas telah diperuntukkan sebanyak RM30 juta daripada RM200 juta bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu Agromakanan Negara dalam Bajet 2018. - UTUSAN ONLINE