Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin struktur bawah Jambatan Pulau Pinang itu akan dijalankan antara pukul 11 pagi dan 3 petang setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Katanya, kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin itu tidak berkaitan dengan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelengaraan berjadual kabel Jambatan Pulau Pinang yang telah selesai 31 Julai lalu.

“Sehubungan itu, kita menasihatkan pengguna Jambatan Pulau Pinang supaya merancang perjalanan dan mematuhi semua papan tanda serta arahan.

“Pengguna juga boleh mengikuti laman Twitter PLUSTrafik atau memuat turun aplikasi PLUS Mobile App untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di Jambatan Pulau Pinang serta semua lebuh raya kendalian PLUS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE