Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kemalangan yang melibatkan lori dan sebuah kereta jenis Toyota Vios itu turut mengakibatkan dua wanita dalam lingkungan 30-an yang menaiki kereta terbabit cedera parah.

"Seramai 20 anggota dari Balai Bomba Senawang, Seremban 2 dan Rembau termasuk pasukan Hazmat bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.23 pagi dan tiba di lokasi 14 minit kemudian.

"Sebaik tiba, pasukan Hazmat menyembur buih ke atas lori tangki yang terbalik sebagai langkah berjaga-jaga ekoran asid tertumpah di jalan raya," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ahmad Mukhlis, kemalangan tersebut menyebabkan trafik ke arah selatan sesak sehingga empat kilometer dan kini kerja-kerja pembersihan masih dijalankan.

Mayat pemandu lori tangki yang maut di tempat kenadian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat manakala dua wanita yang cedera parah turut dihantar ke hospital sama bagi rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE