Dalam kejadian pukul 12.51 tengah hari itu, pemandu terbabit, Sabturani Selahani, 40, cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, tiba di tempat kejadian, lori yang dipandu Sabturani dipercayai hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan lorong kiri dan tengah terhalang.

“Akibat kemalangan itu, lori yang membawa muatan minyak set generator bocor menyebabkan laluan licin.

“Pemandu hanya mengalami cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan lalu lintas dari Bentong menghala ke Kuala Lumpur telah ditutup pukul 5.40 petang tadi bagi melakukan kerja-kerja pengalihan lori tersebut.

“Satu laluan kontra dibuka untuk kenderaan dari arah pantai timur bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya itu,” katanya.

Sementara itu, laman Twitter pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menafikan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori tangki mengakibatkan berlaku tumpahan minyak di lebuh raya tersebut.

Menurut kenyataan dalam akaun laman Twitter itu, penularan gambar sebuah lori tangki itu berlaku pada tahun 2016. - UTUSAN ONLINE