Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lori bawa muatan melebihi 130 peratus

2

KUALA LUMPUR 20 April - Tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya, pemandu kenderaan pengangkutan perdagangan bertindak membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Malah dalam operasi dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama beberapa agensi penguat kuasa yang bermula pukul 4 pagi hari ini, sebanyak 14 lori di sekitar Bandar Tun Razak, Batu 9 Cheras dan Hulu Langat dikesan membawa muatan melebihi 130 peratus.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu negara juga mendapati, kenderaan perdagangan terbabit bukan sahaja membawa muatan lebih malah menggunakan jalan bandar pada waktu kemuncak selain memotong kenderaan lain.

Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, dalam operasi tersebut, sebanyak 16 lori diperiksa dan 10 daripadanya membawa muatan melebihi had dibenarkan manakala empat lagi membawa muatan melebihi paras ketinggian panel sisi.

“Dua lagi lori didapati gagal mengemukakan salinan permit perkhidmatan dan lesen pengendali serta tiada permit kenderaan, lesen pengendali. Kesemua mereka direkodkan di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain